LEMONGRASS DRINK

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Jus
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Mudah,sihat dan menyegarkan!


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1.5 liter air
  • 5 batang serai diketuk
  • 2-3 helai daun pandan disimpul
  • 5-6 helai daun limau purut(boleh kurang atau lebih)
  • 5-6 helai daun pudina(boleh kurang atau lebih)
  • 2@3 biji limau nipis
  • 1/2 cawan gula(boleh tambah atau kurang ikut citarasa sendiri)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus air,serai,daun pandan,daun limau purut,daun pudina dan gula sampai mendidih(rebus lama sikit dengan api pelan lagi best).
  2. Tutup api,perah limau nipis kacau dan biarkan sekejap.
  3. Tapis air rebusan tadi.
  4. Ambil suku bahagian campurkan dengan serbuk agar-agar dan sedikit pewarna hijau.masak atas api sampai mendidih,simpan dalam bekas dan biarkan mengeras untuk dijadikan jelly.
  5. Bahagian selebihnya letakkan dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam peti sejuk(bahagian sejuk beku) sampai jadi ais.
  6. Cara untuk menghidang : Cincang-cincang jelly serai tadi letak dalam gelas. Masukkan ais serai dan tuang sedikit air kosong. Siap untuk diminum.

Leave a comment