Lemang Segera

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Lemang Segera?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Tali rafia secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Tuskan beras pulut dan masukkan ke dalam kuali non-stick. 
  2. Masukkan santan dan sedikit garam. 
  3. Masakkan sehingga santan sebati dan kering sambil sentiasa mengacau supaya tidak berkerak. 
  4. Layurkan daun pisang di atas api dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Lap bersih. 
  5. Sendukkan pulut dan letakkan di atas daun pisang. 
  6. Gulungkan daun pisang kemudian ikat kemas kedua-dua hujungnya.  
  7. Bakarkan dengan jaring pemanggang di atas api dapur ataupun di dalam kuali sehingga garing. 
  8. Potong dan hidangkan.

Leave a comment