Lemak Tauhu & Kucai

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Lemak Tauhu & Kucai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 keping tauhu (Dipotong kecil) 
  • 1 cawan santan 
  • 1 cawan air 
  • 3 tangkai daun kucai  (Dipotong pendek) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang holland (Dihiris)
  • 2 sudu makan udang kering 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan dan serbuk kunyit ke dalam periuk. 
  2. Masakkan sehingga mendidih. 
  3. Masukkan santan dan serbuk kunyit. 
  4. Kacau perlahan sehingga mendidih lagi 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment