Laksam Ala Ganu

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Simple je nak buat laksam sebenarnya!


Bahan-bahan diperlukan:

Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • 3 cawan air panas 
  • 2 cawan air biasa
Kuah laksam:
  • 400g ikan kembung rebus 
  • 2 biji bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 cawan santan 
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 1 asam keping 
  • Garam 
  • Gula
  • Santan cair 
Bahan-bahan hidangan:
  • Sambal belacan
  • Ulam: Kacang panjang, bunga kantan, timun, dan daun kesum

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul tepung beras dan tepung gandum dengan air sehingga sebati.
  2. Sapu minyak pada loyang dan kukus adunan hingga menggelembung.
  3. Biarkan sejuk. Kemudian gulung dan potong. 
  4. Kisarkan ikan kembung rebus, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam bersama santan.
  5. Dalam periuk, didihkan bahan kisar.
  6. Tambahkan santan cair.
  7. Masukkan asam keping, garam, dan gula.
  8. Hidangkan laksam dengan sambal belacan dan ulam.

Leave a comment