Kurma Ayam

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Kurma Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 ekor ayam (Dipotong kecil) 
  • 5 sudu makan rempah kurma 
    (Dibancuh dengan 5 sudu makan air) 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 3 biji kentang (Dibelah 4) 
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
  • 2 biji cili hijau (Dibelah 2) 
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4) 
  • 1 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 5 kuntum bunga cengkih 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 biji buah pelaga

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga pecah 
    minyak. 
  3. Masukkan santan dan kacau rata lagi. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan sehingga mendidih dan 
    pekat. 
  5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api. 
  6. Masukkan cili hijau, bawang besar, dan tomato. Biarkan sehingga 
    pekat. 
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi ataupun roti.

Leave a comment