Kulit Ayam Goreng & Sos Salted Egg Yolk

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 4 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Cicah Kulit Ayam Goreng dengan Sos Salted Egg dan lihat hidup anda berubah selamanya!


Bahan-bahan diperlukan:

Kulit  ayam:
  • Kulit ayam
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • Minyak
Sos telur masin:
  • 2 telur masin kuning (direbus) 
  • 1 cili padi (dicincang) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang) 
  • Daun kari 
  • 80ml susu cair 
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kulit ayam dengan garam dan lada hitam selama 5 minit. 
  2. Toskan dan biar betul-betul kering. 
  3. Susun di atas pinggan dan simpan di dalam peti sejuk (tanpa berpenutup) selama 4 jam.
  4. Panaskan minyak dan goreng kulit ayam sehingga perang. 
  5. Dalam kuali yang lain, panaskan mentega. 
  6. Tumis bawang putih, cili padi, dan daun kari. 
  7. Masukkan telur kuning masin yang telah dihancurkan dan gaul. 
  8. Masukkan susu cair dan gaul sehingga pekat. 
  9. Tambah garam jika perlu. 
  10. Tutup api dan blend sehingga sebati.
  11. Hidang!

Leave a comment