Kuih Wajik

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Kuih Wajik?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan beras pulut (Direndam selama 5 jam)
  • 1 cawan gula merah 
  • 1 cawan gula pasir 
  • 2 cawan santan pekat (1 biji kelapa) 
  • 2 helai daun pandan (Dikoyak dan disimpul)
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan air di dalam pengukus. 
  2. Tuskan beras pulut yang direndam dan masukkan ke dalam loyang. 
  3. Kukuskan sehingga masak selama 15 minit. Peroi dan sejukkan. 
  4. Masakkan gula merah dan gula pasir sehingga mendidih. 
  5. Masukkan santan, garam, daun pandan, dan pulut ke dalam kuali. Kacau sehingga pekat dan berkilat
  6. Masukkan di dalam loyang dan tekan supaya rata. Kemudian sejukkan. 
  7. Potong dan sedia dihidangkan.

Leave a comment