Kuih Seri Muka

Kategori: Nusantara, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Khas untuk yang tebal mukanya...


Bahan-bahan diperlukan:

BAHAN A (BAHAGIAN BAWAH)

1. Beras pulut 400gm / 2 cawan
2. Santan cair 2 cawan (sama sukatan pulut)
3. Garam 1 sudu

BAHAN B (BAHAGIAN ATAS)

1. Tepung gandum 1 cawan
2. Garam 1/2 sudu
3. Santan pekat 2 cawan
4. Daun pandan 
5. Air 150ml
6. Pewarna hijau

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-Cara Bahagian Bawah (Bahan A)

1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2. Masukkan beras pulut kedalam loyang
3. Ratakan beras pulut dalam loyang
4. Campurkan santan bersama beras pulut (masukkan 1 sudu garam ke dalam santan)
5. Pastikan sukatan santan dan pulut sukatannya sama.
6. Kukus selama 30minit.
7. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang
8. Sedia untuk dilapis degan lapisan atas.

Cara-Cara Bahagian Atas (Bahan B)

1. Masukkan tepung gandum
2. Masukkan garam
3. Masukkan santan
4. Kacau semua bahan
5. Kisar daun pandan dan tapis untuk dijadikan air pandan
6. Campurkan pewarna hijau
7. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati
8. Tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan
9. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
10. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap
11. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang
12. Selepas itu, barulah dipotong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan
***Tips : Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Pastikan pisau dicelupkan  ke dalam air baru potong mengikut saiz yang dikehendaki. Buang sisa pulat yang melekat pada pisau baru sambung memotong. 


SIAP! sedia untuk dihidang!
**Kalau makan Kuih Seri Muka, bersulam dengan Teh O' suam, sure best!!

Leave a comment