Kuih Koci

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 2 Orang

Level-up minum petang anda dengan resipi Kuih Koci ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan (inti):
- 200g gula melaka
- 250ml air
- Daun pandan
- 1 sudu besar tepung pulut (dibancuh dengan air)
- 200g kelapa parut

Bahan-bahan (adunan tepung pulut):
- 150g tepung pulut
- 100g pulut hitam
- 1/2 sudu kecil garam
- 50ml santan
- 120ml air

Bahan-bahan (santan):
- 50ml santan
- 1/2 sudu kecil garam
- Daun pandan

Bahan-bahan lain:
- Daun pisang (dilayurkan dan disapu minyak)

Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Untuk memasak inti, didihkan gula melaka dengan air dan garam.
2. Masukkan bancuhan tepung pulut dan kacau hingga sedikit pekat.
3. Masukkan kelapa parut dan gaul hingga kering.
4. Untuk adunan tepung pulut, kisar pulut hitam hingga halus.
5. Gaul bersama tepung pulut, garam, air dan santan hingga terbentuk doh.
6. Untuk kuah santan, didihkan santan bersama garam dan daun pandan hingga pekat.
7. Bentukkan doh menjadi bebola, leperkan dan masukkan inti kelapa, dan bulatkan semula.
8. Tekankan ke atas daun pisang dan cedokkan kuah santan ke atas kuih koci.
9. Kukus 15 minit.
10. Siap untuk dihidang!

Leave a comment