Kuih Ketayap

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Kuih Ketayap?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan air 
  • 7 helai daun pandan 
  • ½ cawan santan 
  • 3 sudu makan minyak 
  • 1 sudu teh pewarna hijau 
  • Sedikit garam
Bahan B (Inti)
  • 1 cawan kelapa parut muda 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan gula pasir
  • ½ cawan air 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan. 
  2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak. 
  3. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan lengganglenggangkan supaya adunan rata dan nipis. 
  4. Apabila masak, angkat dan letakkan di atas pinggan. 
  5. Letakkan inti di tengah-tengahnya. Lipatkan bahagian kiri dan kanan kemudian gulung ketayap kemas-kemas. 
  6. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
Cara Membuat Inti
  1. Masukkan semua bahan B ke dalam periuk. 
  2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga sebati dan lembap. Angkat dan sejukkan. 

Leave a comment