Kuih Keria

Kategori: Nusantara, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Kuih Keria?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g keledek putih 
  • 1 cawan tepung gandum  (Diayak) 
  • 1 cawan gula pasir 
  • ½ cawan air 
  • Garam secukupnya 
  • Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit keledek kemudian potong kecil. 
  2. Masukkan keledek, garam dan air secukupnya di dalam periuk. Rebuskan sehingga lembut. 
  3. Tuskan air dan hancurkan keledek sehingga lumat. 
  4. Gaulkan dengan tepung gandum dan bentukkan seperti gegelang kecil. 
  5. Gorengkan sehingga kelihatan warna keemasan. Angkat dan tuskan minyak. 
  6. Sementara itu, masakkan gula dan air sehingga mendidih dan pekat. 
  7. Tutup api dan masukkan kuih. Kacau rata sehingga nampak gula melekat pada kuih. Sedia dihidangkan. 

Leave a comment