Kuih Gunting

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Kudapan ringan sambil menonton tv...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 600 gram tepung gandum
  • 100 gram marjerin
  • 50 gram udang kering *
  • 50 gram jintan manis *
  • 50 gram jintan putih *
  • 50 gram ketumbar *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 tangkai daun kari-dicincang halus
  • sedikit garam
  • air secukupnya
  • Bahan bertanda (*) dikisar halus

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan tepung bersama marjerin,kemudian masukkan bahan yg telah dikisar,daun kari beserta garam secukup rasa. Gaul rata.
  2. Masukkan air dan uli hingga sebati dan menjadi doh.
  3. Kemudian canai nipis,potong secara memanjang dan gunting.
  4. Akhir sekali goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Sedia untuk dimakan.
  5. Klik untuk isi cara-cara di sini

Leave a comment