Kuetiau Kungfu

Kategori: Nusantara, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kuetiau Kungfu?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket kuetiau 
  • 5 biji telur (Dipukul) 
  • 3 ulas bawang putih (Dicencang) 
  • 150 g ayam (Dihiris) 
  • 100 g udang basah  (Dibuang kepala) 
  • 1 cawan air rebusan ayam 
  • 1 sudu makan lada sulah 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 1 batang lobak merah  (Dipotong kecil) 
  • 2 sudu makan  tepung jagung 
  • ½ cawan air (Dibancuh bersama tepung jagung)
  • 2 pokok sawi kailan (Dipotong)
  • 100 g bunga kubis (Dipotong)
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak kemudian goreng telur dan kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak garing. Kemudian ketepikan. 
  2. Tumis sedikit bawang putih sehingga agak garing kemudian masukkan ayam dan udang. 
  3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, garam dan lobak merah. 
  4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau supaya tepung tidak bergentel. 
  5. Campurkan kailan dan bunga kubis. Tutup api dan kacau. Tuangkan kuah atas kuetiau tadi dan hidangkan. 

Leave a comment