Korean-Style Bulgogi

Kategori: Asian, Masakan Korea
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Sukakan makanan Korea? Cuba resipi Bulgogi mudah ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan:
- 500g daging sirloin
- 1/2 cawan buah pear korea (dikisar)
- 1 sudu besar gula perang
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar halia (dikisar)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar kicap masin
- 1/2 biji bawang kuning (dihiris)
- Bijan
- Daun bawang


Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, masukkan daging sirloin, buah pir kisar, gula perang, bawang putih, halia kisar, garam, lada hitam, kicap masin dan bawang kuning. Perapkan semalaman.
2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan daging yang sudah diperap.
3. Masak hingga kuahnya menjadi pekat.
4. Taburkan bijan dan daun bawang.
5. Selamat mencuba!


Leave a comment