Kimbap (Korean Rice Roll)

Kategori: Asian, Masakan Korea
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Kimbap membawa maksud nasi yg digulungkan bersama bahan-bahan lain seperti timun, telur, crabmeat etc di dalam kepingan seaweed. (Bap = nasi; kim = kepingan seaweed)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 paket kepingan seaweed
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 bungkus crab meat
  • 1 biji timun - dihiris memanjang
  • 3 biji telur - digoreng dan dihiris memanjang
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit cuka
  • Mayonis
  • Bahan kicap : Kicap, kiub ikan bilis, gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masak nasi seperti biasa. Setelah masak, sejukkan.
  2. Gaul nasi yang telah sejuk dengan sedikit garam, gula, ajinomoto dan cuka untuk beri sedikit rasa masin, manis dan masam pada nasi.
  3. Sediakan semua bahan-bahan : crab meat, hirisan timun, telur dan mayonis.
  4. Bentangkan seaweed. Spread nasi di atasnya (jangan banyak sangat nasi).
  5. Sapukan mayonis nipis dan rata di atas nasi.
  6. Kemudian susunkan pula crab meat, hirisan timun dan telur di atasnya. Jika suka, boleh tambah/ganti dengan tuna, carrot etc.
  7. Gulungkan kepingan seaweed yg berisi bahan-bahan itu tadi.
  8. Potongkan pendek2 dan hidangkan.
  9. Untuk kicap; rebuskan 1/2 cawan air bersama kiub ikan bilis hingga mendidih. Tambahkan 1 sudu besar gula dan kicap. Masak hingga sedikit pekat.

Leave a comment