Kerang Bakar Pedas

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerang Bakar Pedas?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 kg kerang (saiz sederhana) 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 biji cili merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • 1 helai daun kunyit (dihiris kasar)
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
  • Garam secukup rasa 
  • Aluminium foil secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan kerang dan basuh. Tuskan. 
  2. Kisarkan bawang merah dan cili merah. 
  3. Masukkan semua bahan ke dalam aluminium foil dan bungkus dengan kemas. 
  4. Bakar di dalam kuali non-stick selama 10-12 minit. Hidangkan.

Leave a comment