Kerabu Timun & Tomato

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Timun & Tomato?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 biji tomato muda 
  • 1 batang timun 
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong nipis tomato seperti wedges. 
  2. Buangkan isi tengah timun dan sagat ataupun parut (cencang) kasar. 
  3. Kacau rata jus limau nipis, gula, dan garam di dalam mangkuk kecil. 
  4. Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan gaul rata. Hidangkan.

Leave a comment