Kerabu Sayur

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Sayur?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ cawan kelapa 
  • 1 ekor ikan kembung bakar 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • Sedikit belacan 
    (Cili merah, cili api & belacan dikisar bersama)
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu teh gula 
  • 10 batang kacang botor (kacang kelisa) (Dihiris)
  • 7 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 10 tangkai daun selom (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 cawan tauge (dibuang akar) 
  • 2 sudu makan jus limau nipis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Sangai (goreng tanpa minyak) kelapa sehingga kekuningan. Sejukkan. 
  2. Ambil isi ikan bakar dan hancurkan dengan garpu. 
  3. Masukkan bahan yang dikisar, isi ikan, sayuran yang dihiris, tauge, garam, dan gula ke dalam mangkuk besar. 
  4. Masukkan kelapa dan jus limau nipis. Kacau rata supaya semua sebati. Hidangkan.

Leave a comment