Kerabu Perut

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Perut?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 300 g perut lembu 
  • 2 batang serai (Dititik) 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 biji mangga muda 
  • 2 biji limau nipis (Diambil jusnya) 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 kuntum bunga kantan (Dihiris)
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar kasar)
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 3 biji bawang merah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus perut dengan serai, asam gelugur dan garam sehingga 
    lembut. Tuskan dan hiriskan nipis. 
  2. Kupas kulit mangga dan sagat kasar. 
  3. Masukkan jus limau nipis, sos ikan, gula, garam dan bahan B ke dalam 
    mangkuk. Gaul sebati. 
  4. Masukkan perut, bahan yang dihiris dan mangga ke dalam bancuhan 
    tadi. 
  5. Kacau rata dan sedia dihidangkan

Leave a comment