Kerabu Mangga Daun Kesum

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Mangga Daun Kesum?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 biji mangga muda (sederhana besar) 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 cawan air 
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 biji cili merah   (Dihiris)
  • 5 biji cili api   (Dihiris)
  • ½ cawan kacang goreng (ditumbuk kasar) 
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk) 
  • 1 sudu makan sos ikan 
  • 1 sudu makan jus limau nipis 
  • ½ sudu teh gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kupas kulit mangga muda. Parut ataupun cencang halus memanjang. 
  2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk mengurangkan rasa masam. Tuskan airnya. 
  3. Masukkan mangga dan semua bahan lain ke dalam mangkuk besar. 
  4. Gaul sebati dan hidangkan segera.

Leave a comment