Kerabu Kesum Bersama Udang

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Kesum Bersama Udang?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang segar (saiz sederhana) 
  • 2 sudu makan jus limau nipis 
  • ½ sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 5 tangkai daun selom 
  • 1 biji tomato 
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Buangkan kulit udang dan basuh. Tuskan. 
  2. Masakkan udang di dalam kuali selama 4-5 minit sahaja. 
  3. Perapkan udang dengan jus limau nipis, gula, dan sedikit garam di dalam mangkuk besar. 
  4. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk berisi udang.
  5. Kacau rata dan hidangkan.

Leave a comment