Kerabu Ikan

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Ikan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 ekor ikan kembung ataupun selar (dibersihkan) 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 biji mangga muda (Dihiris)
  • 1 biji tomato   (Dihiris)
  • 1 batang serai   (Dihiris)
  • 3 biji cili merah   (Dihiris)
  • 5 biji cili api   (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar   (Dihiris)
  • 10 tangkai daun kesum   (Dihiris)
  • 2 sudu makan jus limau 
  • ½ sudu teh gula 
  • ½ cawan kacang goreng (ditumbuk kasar)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan bakar sehingga masak. Kikiskan isinya. 
  2. Buangkan kulit mangga. Sagat ataupun cencang sederhana kasar. 
  3. Masukkan isi ikan, mangga, bahan yang dihiris, jus limau, gula, dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata sehingga semua sebati.
  4. Taburkan kacang goreng dan hidangkan.

Leave a comment