Kerabu Daun Selom

Kategori: Resipi Ringkas, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Daun Selom?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ikat daun selom 
  • 4 biji cili merah 
  • 3 biji cili api  
  • 1 inci belacan (Sekiranya suka) 
  • 2 sudu makan udang kering 
    (Semua cili merah, cili pi, belacan & udang kering dikisar bersama)
  • ½ cawan kelapa parut 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan daun selom dan hiris halus. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  3. Masukkan kelapa parut, jus limau dan garam. Kemudian kacau rata 
    dan tutupkan api. 
  4. Masukkan daun selom dan bawang. Kemudian kacau rata. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment