Kerabu Ayam Daun Kesum

Kategori: Nusantara, Makanan Sihat
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Kerabu Ayam Daun Kesum?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 400 g isi dada ayam (dibuang kulit dan bersihkan) 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 sudu makan kicap cair 
  • 2 sudu makan jus limau nipis 
  • ½ sudu teh gula 
  • ½ cawan tauge (dibuang akar) 
  • 3 urat kacang panjang (Dihiris)
  • 10 tangkai daun kesum (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan isi dada ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. 
  2. Bakar ayam di dalam kuali non-stick sehingga masak. Hiris kecil. 
  3. Kacau rata kicap cair, jus limau nipis, gula, dan garam. 
  4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan kacau sebati. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment