Kentang Oregano

Kategori: Nusantara
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kentang Oregano?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g kentang  (Dibuang kulit dan dipotong) 
  • 1 labu bawang holland  (Dipotong dadu)      
  • ½ batang lobak merah  (Dipotong kecil)          
  • 100 g brokoli (Dipotong kecil) 
  • ½ cawan kacang merah besar 
  • 2 biji tomato (Dipotong dadu) 
  • 1 sudu makan  serbuk oregano 
  • 1 sudu makan  serbuk lada hitam 
  • 2 sudu makan mentega 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kentang sehingga empuk. 
  2. Panaskan mentega dan gorengkan kentang sehingga nampak keperangan. 
  3. Masukkan bawang holland, lobak merah, brokoli, dan garam. Kemudian kacau rata. 
  4. Apabila nampak layu, masukkan kacang merah dan tomato. 
  5. Taburkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan tutupkan api. 
  6. Sedia dihidangkan bersama ayam panggang. 

Leave a comment