Kek Prun Ruby

Kategori: Nusantara
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang

Bagaimana buat kek prun Ruby yang sedap?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan kek prune
  • 2 cawan Sunsweet Pitted Prunes yang dipotong kasar
  •  2 ½ cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk bunga cengkih
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala
  • 2 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cawan Sunsweet Amazin Prune Juice
  • 1 sudu besar serbuk penaik 
  
Bahan-bahan sos kek prune
  • ½ cawan mentega
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu besar sirap jagung atau madu
  • ½ cawan krim putar
  • ½ sudu kecil serbuk penaik

Cara menyediakan dan memasak:

Kek Prune Ruby
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 350°F. 
  2. Rebus buah prun yang dipotong kasar tadi sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan selama 10 minit. Toskan kemudian lenyekkan prun tadi dan ketepikan.
  3. Campurkan tepung bersama serbuk kulit kayu manis, serbuk bunga cengkih dan serbuk buah pala hingga sebati. 
  4. Kemudian dengan mangkuk berbeza, pukul telur bersama gula dan mentega hingga sebati.  
  5. Dalam cawan penyukat, campurkan jus prun dengan serbuk penaik.
  6. Kacau bersama campuran tepung tadi secara berselang-seli. Kemudian kacaukan bersama prun yang telah dilenyekkan tadi.  
  7. Pindahkan prune lenyek tadi ke dalam pan bersaiz 9X13 inci yang dilapik dengan kertas minyak. 
  8. Bakar adunan selama 30 ke 35 minit. 
  9. Setelah siap dibakar, sejukkan kek terlebih dahulu. 
  10. Sementara menunggu kek masak, boleh sediakan sos. 
Sos 
  1. Campurkan mentega bersama gula, sirap, krim dan serbuk penaik dalam periuk kecil. 
  2. Kemudian panaskan di atas api sederhana. 
  3. Masak hingga mendidih dan biarkan selama 2 minit. 
  4. Potong kek prun dan hidangkan bersama sos panas.

Leave a comment