Kek Minyak Tanpa Telur (Marble)

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Atas permintaan kawan yang tak makan telur...kek tetap gebu dan moist... :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • ADUNAN PUTIH :-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum}
  • 1 sk baking soda} - ayak bersama
  • 1/2 sk baking powder}
  • 1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
  • 1 cawan air panas/susu segar panas
  • 1 sk esen vanilla
  • ADUNAN COKLAT :-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum}
  • 1/4 cawan serbuk koko}
  • 1 sk baking soda}
  • 1/2 sk baking powder} - diayak bersama
  • 1 cawan gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
  • 1 cawan air panas/susu segar panas
  • 1 sk esen vanilla

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.
  2. Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.
  3. Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.
    Open uri20151010 29872 1qam8a3
  4. Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min - 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.
    Open uri20151010 29872 1jk59yd

Leave a comment