Kek Coklat versi RK

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Kek Coklat ni agak mudah cara membuatnya. Resepi ni telah di'edit oleh Ibu saya. Saya dah mula buat kek ni semenjak dari Form 2 lagi..


Bahan-bahan diperlukan:

  • Bahan A
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko (van houten )
  • 450g gula kaster (1paket)
  • 250g butter ( buttercup)
  • 1 sudu kecil serbuk bicarbonat of soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan B
  • 1 1/2 cawan susu segar dutch lady
  • 4 biji telur ayam
  • 4 sudu kecil cuka
  • Topping
  • 2 sudu besar minyak masak
  • serbuk koko ( ikut citarasa )
  • susu pekat ( ikut citarasa )

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaul sebati. ( tidak berketul )
  2. Apabila sudah sebati, masukkan 1/2 cawan susu segar dan gaul sebati.
  3. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan menggaul.
  4. Masukkan 1 cawan susu segar dan gaulkan.
  5. Masukkan 4 sudu cuka.
  6. Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas kek yang telah disapu dgn butter dan tepung.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 45 minit.
  8. * kalau tak masak lagi, just tambah masa smpai kek masak. Bleh cucuk kek dengan lidi atau pencucuk kek utk pastikan kek dah masak atau belum.
  9. Topping bleh je letak selepas kek agak sejuk..Hiaslah sesuka hati... Selamat Mencuba ya !!
  10. Topping : cairkan semuanya dalam periuk atas dapur....dah sebati,tak berketul2..dah siap...

Leave a comment