Kek Coklat Sweety

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 8 Orang

Bagaimana cara nak masak Kek Coklat Sweety?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 250 g mentega 
  • 250 g gula perang 
  • 4 biji telur (Gred B) 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 250 ml susu segar
Bahan B (Diayak)
  • 290 g tepung naik sendiri 
  • 50 g serbuk koko 
  • 1 sudu teh Nescafe segera
Bahan C (Krim Coklat)
  • 1 cawan susu pekat 
  • 60 g serbuk koko 
  • 1 sudu teh Nescafe segera
Bahan D (Bahan Hiasan)
  • Chocolate rice

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Kek
  1. Pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. 
  2. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Pukul sebati. 
  3. Masukkan susu segar berselang-seli dengan bahan B. 
  4. Kacau rata dengan senduk kayu. 
  5. Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapik kertas dan bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 45 minit ataupun sehingga masak. 
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan krim coklat.
Cara Membuat Krim Coklat
  1. Kacau semua bahan C secara double boiler sehingga larut dan sejukkan sekejap. 
  2. Tuangkan ke atas kek dan hias mengikut kreativiti sendiri. 
  3. Taburkan chocolate rice dan bunga hiasan kek mengikut kreativiti.

Leave a comment