KEK COKLAT KUKUS

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Sedap kek coklat ni...lembut je...mesti dicuba. Resepi diambil drpd rakan FB....nak kongsikan disini....


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cwn gula perang
  • 1 cwn susu segar biasa/perisa coklat
  • 1 cwn minyak masak
  • 3/4 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji telur

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayak tepung,soda bikarbonat & baking powder bersama.Masukkan serbuk koko,gula,susu segar,susu pekat & minyak ke dlm periuk & panaskan diatas api kecil hingga semua larut. Matikan api.
  2. Pukul telur hingga kembang & masukkan kedlm bancuhan koko berselang seli dgn tepung. Gaul sebati.
  3. Tuang dlm loyang yg dh digris dan dilapik dgn baking paper
  4. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 1 jam di dlm kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  5. Topping coklat: coklat masakan + susu cair + sedikit mentega, double boilerkan atas api kecik hingga cair dh sejuk baru siram atas kek.
  6. tips: api jgn terlalu besar bila kukus kek ni, nanti kek merekah. Guna api sederhana.

Leave a comment