KEK BELANG PANDAN CAPPUCINO

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Biskut
Masa Penyediaan: 1 Jam 15 Minit
Hidangan: 5 Orang

Perpaduan rasa pandan & cappucino yang sangat lazat. Tidak muak dan sesuai dihidangkan bila-bila masa.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 gm mentega
  • 220 gm gula kastor
  • 4 biji telur - Gred A
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 50ml susu segar
  • 1sudu teh pes cappucino
  • 1 sudu teh pes pandan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. 1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  2. 2. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder berselang seli dengan susu segar. Pukul hingga sekata.
  3. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes cappucino, satu bahagian dengan pes pandan dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Saya masukkan didalam plastik segitiga untuk memudahkan proses melapis adunan.
  4. 4. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Lapis adunan ke dalam loyang berselang seli. Lorek sedikit dengan lidi untuk corak yang lebih menarik.
  5. 5. Bakar pada suhu 170c selama 45minit - 50minit (Bergantung pada oven masing-masing).

Leave a comment