Keema Kambing

Kategori: Nusantara, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Keema Kambing?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ kg daging kambing 
  • 3 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 2 inci halia (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 2 pokok daun ketumbar (Diracik) 
  • 3 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu)
  • 1 tin kecil kacang pis 
  • 2 cawan santan 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Air secukupnya 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian tuskan. 
  2. Perap daging dengan serbuk ketumbar seketika. 
  3. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan 
    bawang besar besar sehingga wangi. 
  4. Masukkan daging yang diperap dan daun ketumbar. Kemudian 
    kacau rata. 
  5. Masukkan tomato dan air. Masakkan sehingga daging lembut. 
  6. Masukkan kentang, kacang pis, garam, dan santan. 
    Masakkan sehingga kentang lembut dan kuah pekat. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment