Kebab Daging Madu

Kategori: Nusantara, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 1 Jam 1 Minit
Hidangan: 1 Orang
Tags:

Nak jamu tetamu dengan hidangan extra special time Raya nanti? Jom try buat Kebab Daging dengan Honey Mint Sauce ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Kebab daging:
  • Kiub daging 
  • Minyak zaitun 
  • Lada benggala (dipotong segiempat)
  • Bawang besar (dipotong segiempat)
  • Lada hitam Giant 
  • Garam 
Honey mint sauce: 
  • 1 sudu besar tepung jagung Giant (dibancuh dengan air) 
  • 1/4 cawan daun pudina cincang 
  • 3 sudu besar madu Giant 
  • 1 sudu besar cuka 
  • 1 sudu besar minyak zaitun 
  • 1 sudu besar garam 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul minyak zaitun, garam dan lada.
  2. Masukkan kiub daging dan perap selama 2 jam. 
  3. Gunakan lidi sate untuk membuat kebab menggunakan daging diperap, lada benggala, dan bawang besar. 
  4. Sapukan kuali pemanggang dengan minyak zaitun. 
  5. Bakar kebab selama lebih kurang 10 minit. 
  6. Untuk membuat sos, gaul kesemua bahan sos. 
  7. Dalam kuali lain, panaskan sos hingga pekat. 
  8. Tuangkan sos ke atas kebab. 
  9. Siap untuk dimakan!

Leave a comment