Karipap Telur Cheese

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 45 Minit
Hidangan: 5 Orang

Cara mudah menyediakan hidangan Karipap Telur Cheese yang pasti membuatkan korang terliur!


Bahan-bahan diperlukan:

  • (Inti) 3 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 4 biji kentang
  • 500g isi ayam
  • 8 biji telur (untuk direbus)
  • 2 biji bawang besar
  • Keju (keping)
  • Serbuk kari daging
  • Daun kari
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • Daun sup
  • Minyak masak
  • (Kulit) 1kg tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam
  • 300ml air

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Untuk inti karipap, potong bawang kecil, bawang putih, halia daun sup dan kentang. Kemudian, kisar bawang putih dan kecil. Masukkan sedikit air.
  2. Rebus telur hingga masak.
  3. Tumis bahan yang dikisar, kemudian masukkan beberapa helai daun kari.
  4. Campurkan sedikit air bersama serbuk kari. Kemudian masukkan ke dalam tumisan.
  5. Masukkan isi ayam ke dalam tumisan. Kemudian, masukkan kentang yang dipotong dadu. Tambah sedikit air.
  6. Masukkan bawang besar dan daun sup.
  7. Untuk kulit karipap, masukkan tepung ke dalam bekas. Gaul bersama secawan minyak masak yang dipanaskan.
  8. Masukkan campuran air dan garam ke dalam adunan. Gaul hingga menjadi doh.
  9. Bahagikan mengikut beberapa adunan kecil.
  10. Kemudian, uli doh kecil hingga leper.
  11. Masukkan kepingan keju, inti karipap dan telur rebus yang dibelah dua.
  12. Kelim hujung kulit karipap dan goreng hingga keemasan.

Leave a comment