Karipap Sardin

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 5 Orang

resipi karipap dengan inti sardin..boleh pelbagaikan inti mengikut citarasa sendiri :)


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum*
  • 3 sudu majerin/minyak sapi*
  • 3 sudu minyak masak*
  • 1 cawan air + 1 sudu kecil garam*
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji kentang
  • 2 sudu cili blend (optional)
  • 1 tin kecil sardin
  • garam
  • minyak untuk menumis

Cara menyediakan dan memasak:

  1. *DOH
  2. campurkan majerin/minyak sapi & minyak masak yg telah dipanaskan bersama tepung. Gaul sebati hingga tepung berderai
  3. tambahkan air garam sedikit demi sedikit. Uli doh sehingga licin
  4. INTI
  5. cincang halus bawang besar dan tumis dengan sedikit minyak. Tumis bersama cili blend untuk inti yg sedikit pedas
  6. masukkan kentang (dipotong dadu) & secawan air. masak hingga kentang empuk
  7. masukkan sardin yg telah dihancurkan. perisakan dengan garam. gaul sebati dan masak hingga kering

Leave a comment