Karipap Daging

Kategori: Asian, Masakan Cina
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resepi dr mak


Bahan-bahan diperlukan:

  • <b>BAHAN UTK DOH:</b>
  • 1 kilo tepung gandum
  • 2 sdb butter
  • 1 1/2 cwn minyak
  • Air secukupnya
  • <b>BAHAN UNTUK INTI:</b>
  • 1 kilo kentang
  • 2 sdb serbuk kari daging
  • 1 cwn daging cincang
  • *4 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 2 sdb cili kisar
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak (utk menumis dan menggoreng)
  • Air secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. CARA BUAT DOH:
  2. Panaskan minyak hingga betul-betul panas, masukkan butter. Biarkan butter cair dan kacau sebati.
  3. Buat lubang ditengah tepung dan tuang campuran minyak dgn butter panas td.
  4. Kacau dgn senduk kayu hingga jd seperti serbuk roti dan masukkan air secukupnya hingga boleh diuli dan tak lekat ditangan.
  5. CARA BUAT INTI:
  6. Kentang dibuang kulit, potong dadu dan cuci bersih. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat.
  7. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  8. Masukkan cili kisar dan serbuk kari, gaul rata.
  9. Masukkan daging dan kentang, kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan air hingga paras kentang.
  10. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  11. Bila kuah menggelegak, masukkan daun limau purut dan masak hingga kering.
  12. Bila inti dah masak, sejukkan dahulu sebelum buat karipapnya. Selamat mencuba.

Leave a comment