Kari Nyonya Ikan Bawal

Kategori: Nusantara, Masakan Peranakan
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kari Nyonya Ikan Bawal?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan bawal (dibersih dan dikelar) 
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • 3 sudu makan rempah kari ikan 
  • 1 inci halia                     
  • 3 inci kunyit hidup         
  • 1 inci belacan                
  • 5 biji bawang merah     
  • 3 ulas bawang putih    
  • ( Halia, kunyit hidup, belacan, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • ½ cawan minyak masak 
  • 10 tangkai daun kari 
  • 1 sudu makan pati asam jawa 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 5 biji kacang bendi saiz kecil  (dipotong tangkai) 
  • 2 biji tomato (dibelah 4) 
  • Garam secukup rasa 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaulkan cili kisar, rempah kari ikan, dan bahan kisar. 
  2. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis daun kari dan bahan yang digaul tadi. 
  3. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan pati asam jawa, santan pekat, dan garam. Masakkan sehingga mendidih. 
  4. Masukkan ikan bawal. Masakkan sehingga mendidih lagi. 
  5. Masukkan bendi dan tomato. Padamkan api dan hidangkan. 

Leave a comment