Kari Kepala Ikan

Kategori: Nusantara, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kari Kepala Ikan?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 kepala ikan tenggiri 
  • 5 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 1 cawan air asam jawa 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 biji terung panjang  (Dipotong kecil) 
  • ½ cawan air • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 3 biji cili hijau (Dibuang tangkai) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Sedikit air 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)              
  • 1 sudu makan halba campur 
  • 3 tangkai daun kari

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan B sehingga wangi. 
  2. Masukkan serbuk kari. Kacau sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih. 
  4. Masukkan ikan dan terung. Tambahkan sedikit air supaya santan tidak begitu pekat. 
  5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. 
  6. Apabila mendidih, masukkan tomato, cili hijau, dan garam. Biarkan pecah minyak sedikit lagi kemudian tutupkan api. 
  7. Hidangkan bersama nasi putih.

Leave a comment