Kambing Masala

Kategori: Nusantara, Masakan India
Masa Penyediaan: 0 Jam 60 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kambing Masala?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ kg daging kambing 
  • 2 sudu makan serbuk kari 
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis 
  • 4 biji buah keras 
  • 2 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia 
    (Semua buah keras, bawang besar, bawang putih & halia dikisar bersama)
  • 2 cawan santan 
  • 2 biji kentang (Dipotong dadu) 
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu) 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong kecil)
  • 1 cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh daging kemudian potong kecil. Gaulkan daging dengan 
    serbuk kari dan serbuk jintan manis. Perapkan selama 30 minit. 
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  3. Masukkan daging yang diperap. Masakkan sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan santan dan garam. Kacau seketika. 
  5. Masukkan kentang, tomato, daun ketumbar, dan air. Masakkan 
    sehingga semua bahan lembut. Biarkan sehingga pekat dan pecah 
    minyak. 
  6. Sedia dihidangkan.

Leave a comment