Kambing Goreng Berempah

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kambing Goreng Berempah?


Bahan-bahan diperlukan:

  • ½ kg daging kambing 
  • 1 labu bawang besar  
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia  
  • ½ cawan air 
  • (Bawang besar, bawang putih, halia dikisar bersama air)
  • 2 sudu makan serbuk kari daging 
  • 1 sudu makan serbuk kurma 
  • 3 cawan air 
  • ½ cawan jus asam jawa 
  • 3 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2) 
  • 1 pokok daun ketumbar  (Diracik kasar) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, serbuk kari, dan serbuk kurma sehingga pecah minyak. 
  3. Masukkan daging kambing, jus asam jawa, dan garam. Kacau rata sehingga sebati. 
  4. Masakkan sehingga pecah minyak dan pekat. 
  5. Masukkan tomato, cili hijau, dan daun ketumbar. Kacau sebati. 
  6. Sedia dihidangkan. 

Leave a comment