Kalio Daging

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kalio Daging?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g daging (Dipotong kecil) 
  • 9 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 6 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji buah keras 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
    (Semua cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, buah keras, halia & lengkuas dikisar bersama)
  • 2 sudu makan rempah kari 
  • 3 batang serai (Diketuk) 
  • 5 helai daun limau purut 
  • 2 cawan santan 
  • 3 biji kentang (Dibelah 4) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar 
    bersama rempah kari dan serai sehingga wangi dan pecah minyak. 
  2. Masukkan daging, serai, dan daun limau purut. Kacau rata dan 
    masakkan sehingga daging lembut. 
  3. Masukkan santan, kentang, dan garam. 
  4. Masakkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 
  5. Sedia dihidangkan.

Leave a comment