Jenahak Goreng Bersos Asam Pedas

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Ikan goreng bersos asam pedas bertambah sedap dengan menggunakan Maggi® CukupRasa™.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan jenahak
  • 1-2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 2-3 sudu besar tepung jagung
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 5-10 biji cili padi
  • 2 sudu besar pes asam jawa
  • ½ cawan air
  • 2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • daun bawang untuk hiasan

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan dan kelar. Taburkan 2-3 sudu besar (bergantung kepada saiz ikan) Maggi® CukupRasa™
  2. Lumurkan tepung jagung pada kedua-dua bahagian ikan. Perap selama 5 minit.
  3. Goreng ikan dengan minyak banyak sehingga garing. Ketepikan.
  4. Untuk sosnya: Cincang bawang besar, bawang putih dan cili padi.
  5. Panaskan 2-3 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Masukkan semua bahan cincang tadi. Tumis sehingga wangi.
  6. Masukkan pes asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.
  7. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, Maggi® CukupRasa™, gula dan sos ikan. Masak sehingga pekat.
  8. Tuangkkan sos ke atas ikan dan taburkan daun bawang. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih

Leave a comment