JELLY LAICI

Kategori: Asian, Masakan Jepun
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Resipi asal dr blog Che Mat Gebu...tp Ms Y dh ubah ckit...TQ ye Che Mat


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 pack konnyaku jelly powder [10gm]
  • 1 mug gula halus
  • 7 mug air
  • 1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
  • 1 mug syrup laici
  • pewarna pelbagai warna
  • laici dlm tin [ditoskan & dihiris]

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata. Jerang air (7 mug) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly dan kacau hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
  2. Masukkan 1 mug syrup laici dengan api perlahan. Bahagikan bancuhan tadi kepada bebarapa bahagian dan letak kan pewarna pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan biji selasih.
  3. Masukkan laici yg telah dihiris ke dlm bekas dan tuang jelly ke atasnya. Biarkan seketika dan simpan didalam peti sejuk.

Leave a comment