Isi Ikan Goreng Rangup

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 1 Jam 10 Minit
Hidangan: 2 Orang

Adanya maggi cukup rasa akan menambahkan lagi aroma isi ikan goreng ranggup.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3-4 keping isi ikan jenahak atau merah
  • 2-3 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan kepingan oats
  • 1 sudu teh sos tiram
  • Garam, lada sulah dan Maggi® CukupRasa™

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bubuh sedikit garam, lada sulah, Maggi® CukupRasa™ dan sos tiram pada isi ikan.
  2. Gaul rata dan perap selama 30 minit.
  3. Gaul rata kepingan oats bersama tepung jagung.
  4. Salutkan isi ikan tadi ke dalam campuran tepung hingga rata.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak hingga garing.
  6. Hidang panas bersama sos pilihan ( sos maggi).

Leave a comment