Ikan Tongkol Kicap Berempah

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Gabungan rempah ratus menjadikan ikan masak kicap lebih istimewa.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 atau 4 ketul ikan tongkol
  • 45ml kicap manis
  • 20 gram serbuk ketumbar
  • 20 gram serbuk jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Bunga lawang,buah pelaga – secukupnya
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1inci halia
  • 1 batang lada merah
  • ½ camca kecil lada sulah
  • 1 camca besar serbuk Maggi® CukupRasa™
  • 4 batang lada kecil merah

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan dan cuci bersih, lumurkan dengan serbuk kunyit.
    Dsc 1001
  2. Tambahkan serbuk Maggi® CukupRasa™.sehingga rata keseluruh isi ikan.Goreng ikan dengan minyak yang banyak,goreng sehingga sedikit garing dan kekuningan,angkat dan toskan.
    Dsc 1006
  3. Sediakan bahan-bahan,kisarkan bawang kecil,bawang putih dan halia.
    Dsc 1000
  4. Panaskan sedikit minyak didalam kuali,masukkan bahan kisar tumis sehingga sedikit garing dan naik minyak. Masukkan serbuk ketumbar,serbuk jintan manis,lada sulah gaul rata dan tumis sehingga sedikit kering.Kemudian masukkan kicap manis,tuangkan sedikit air. Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.Tambahkan sedikit serbuk Maggi® CukupRasa™ dan gaul rata,tambahkan lada merah .
    Dsc 1015
  5. Matikan api dan sedia untuk dihidang.
    Dsc 1030

Leave a comment