Ikan Sumbat Sambal Kelapa

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Sumbat Sambal Kelapa?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 ekor ikan selar (saiz besar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • 4 biji cili merah 
  • 6 biji cili api 
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih 
  • 2 batang serai 
    (Cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih & serai dikisar bersama)
  • 1 cawan kelapa parut 
  • 10 tangkai daun kesum (dihiris) 
  • 1 sudu makan pati asam jawa 
  • 1 cawan minyak masak

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan dan belah belakang. Basuh dan tuskan. 
  2. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. 
  3. Gaul rata bahan kisar, kelapa parut, daun kesum, pati asam jawa, dan garam. 
  4. Masukkan bahan yang digaul ke dalam belakang ikan. 
  5. Panaskan minyak masak. Gorengkan ikan sehingga masak dan garing. Hidangkan.

Leave a comment