Ikan Sumbat Sambal Kantan

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana nak masak Ikan Sumbat Sambal Kantan?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan siakap (Dikelar) 
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan hiris) 
  • ½ cawan kelapa parut 
  • 5 biji cili api 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 inci halia 
  • ½ inci lengkuas 
  • 2 batang serai 
  • ½ sudu teh belacan 
    (Semua  cili api, cili merah, bawang merah, halia, lengkuas, batang serai, teh belacan dikisar bersama) 
  • 2 sudu makan jus limau kesturi 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya 
  • Aluminium foil secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul bahan yang dikisar bersama kelapa parut, jus limau, dan 
    garam.Sapukan pada seluruh bahagian ikan. 
  2. Masukkan sedikit bahan yang digaul ke dalam perut ikan. 
  3.  Letakkan separuh dari bahan yang digaul ke atas daun 
    pisang yang dilapikkan dengan aluminium foil. 
  4. Letakkan ikan di atas bahan tadi dan sapukan baki bahan itu. 
  5. Bungkus dengan kemas dan bakar di di dalam kuali selama 10 
    minit setiap belah.

Leave a comment