Ikan Selar Goreng Berlada

Kategori: Resipi Ringkas, Eksotik
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 3 Orang

Sesuai untuk hidangan tengah hari dan malam


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 ekor ikan selar - bersihkan
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • BAHAN KISAR
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 helai daun kunyit - di siat-siat
  • 1 asam keping
  • 1 biji bawang besar - dihiris bulat
  • Maggi® CukupRasa™
  • Gula secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang lain, tumiskan bawang besar, bawang kecil dan bawang putih yang telah dikisar tadi sehingga garing dan naik bau. Kacau rata.
  3. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga cili masak dan keluar minyak.
  4. Masukkan pula daun kunyit yang telah dipotong kasar.
  5. Masukkan asam keping, Maggi Cukup Rasa dan gula secukup rasa.
    Dsc 0093ok1
  6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah di goreng garing tadi dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Leave a comment