Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesum

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Ikan Patin Masak Tempoyak Daun Kesum?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan patin (saiz sederhana) 
  • 2 biji cili merah 
  • 8 biji cili api 
    (Cili merah & cili api dikisar bersama)
  • 1 cawan tempoyak 
  • 1 batang timun tua (dipotong kecil) 
  • 3 cawan air 
  • 10 tangkai daun kesum 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1.  Bersihkan ikan dan potong dua. 
  2. Masukkan bahan yang dikisar, tempoyak, timun, air, daun kesum, dan garam ke dalam periuk. 
  3. Masak sehingga mendidih. 
  4. Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih lagi. Hidangkan.

Leave a comment