Ikan Merah Goreng Rangup dengan Sup

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 1 Jam 15 Minit
Hidangan: 4 Orang

Jemu dengan nasi??.. boleh cuba resipi ini. Ikan merah goreng rangup bersama sup kepala ikan. Sedap dimakan bersama roti bakar. Satu set hidangan lengkap tanpa nasi.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan merah
  • 4-5 sudu besar Maggi® CukupRasa™
  • tepung jagung secukupnya
  • serbuk roti dengan herba Italian secukupnya
  • 1 biji telur
  • batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 inci halia-dihiris kasar
  • sedikit serbuk lada putih
  • 4-5 batang cili padi
  • 1 biji limau nipis- ambik jusnya
  • bawang goreng secukupnya
  • daun bawang dan daun sup secukupnya
  • 4 keping roti sandwich
  • sedikit mentega
  • sedikit daun pasley kering
  • minyak untuk menggoreng penuh dan menumis
  • lettuce dan tomato sebagai hiasan.

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan. Potong bahagian kepala dan hiris untuk keluarkan isinya seperti di dalam gambar. Simpan bahagian kepala dan tulang untuk dijadikan sup.
    Img 3815
  2. Potong isi ikan nipis-nipis. Tabur kepingan ikan dengan2-3 sudu besar Maggi® CukupRasa™
    Img 3816
  3. Kemudian salutkan dengan tepung jagung. Perapkan selama 10 minit.
    Img 3817
  4. Celup kepingan ikan dengan telur. Kemudian salut dengan serbuk roti.
    Img 3818
  5. Goreng dalam minyak banyak sehingga garing. Toskan
    Img 3828
  6. Untuk supnya: Panaskan sedikit minyak. Tumis hirisan bawang putih, halia, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis sehingga garing. Masukkan 4 cawan air. Biarkan mendidih. Masukkan kepala ikan dan tulangnya. Biarkan mendidih sekali lagi
  7. Masukkan daun bawang, daun sup, hirisan cili padi, jus limau nipis dan Maggi® CukupRasa™. Padamkan api.
  8. Untuk roti bakar: Sapukan mentega pada kepingan roti. Taburkan sedikit parsley kering dan Maggi® CukupRasa™. Bakar roti sehingga perang.
  9. Hidangkan: Tapis sup ke dalam mangkuk. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan ikan goreng di atas pinggan bersama salad dan tomato. Sedap dimakan ketika masih panas.
    Img 3822%281%29

Leave a comment